Join us on Facebook

Please wait.. 10 Seconds Cancel

Current song: Loading ...
Stream title:
Server status:
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Sunday, June 2, 2013

KEPULANGAN WIRA LAHAD DATU DISAMBUT GEMBIRA


KOTA BHARU - Kepulangan seramai 344 pegawai dan anggota 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang ditugaskan dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah sejak tiga bulan lalu disambut gembira oleh anggota serta ahli keluarga.

Kesemua mereka terdiri daripada 19 pegawai dan 325 anggota lain-lain pangkat itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 5 petang menaiki pesawat Mas, manakala pasukan kedua tiba pada malam tadi dengan menaiki pesawat AirAsia.

Panglima Dua Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Shukuri Ahmad berkata, beliau gembira melihat kepulangan semua anggotanya dalam keadaan selamat.

“Saya berbangga dengan prestasi serta sifat profesional yang mereka tunjukkan sepanjang menjalankan tugas di sana.

“Berkat doa semua rakyat negara ini tiada perkara yang tidak baik berlaku di sana dan ini jelas menunjukkan bahawa anggota tentera sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran di luar mahupun di dalam negara,” katanya ketika menyambut kepulangan mereka, semalam.

Hadir sama, Panglima 8 Briged, Datuk Zaki Hamzah.

Menurutnya, diharap selepas ini tiada lagi pihak cuba mempersoalkan kebolehan tugas anggota tentera kerana mereka mampu melaksanakannya sebaik mungkin.