Join us on Facebook

Please wait.. 10 Seconds Cancel

Current song: Loading ...
Stream title:
Server status:
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Monday, June 10, 2013

LATIFAH OMAR MENINGGAL


Kuala Lumpur: Selepas 10 hari menjalani pembedahan membuang usus, Seniwati popular tahun 1950-an. Latifah Omar (gambar) akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Bandar Tun Razak, Cheras, jam 6.19 petang semalam.

Allahyarham yang menghidap ulser usus sejak sekian lama pada awalnya dibawa ke Pusat Perubatan Kampung Baru selepas sakit dan muntah.


Melihatkan keadaannya agak kronik, Latifah, 74, dibawa ke HUKM untuk menjalani pembedahan. Anaknya, Affendi Rahmat, 55 berkata, Selasa lalu keadaan ibunya bertambah baik apabila mula sedar dan sudah boleh bercakap pada Rabu lalu walaupun keadaan masih lemah. “Ibu menjalani pembedahan kedua kelmarin dan keadaannya kritikal sehinggalah menghembuskan nafas terakhir. “Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya dan mengucapkan terima kasih kepada doktor dan kakitangan HUKM yang bertungkus lumus merawat ibu sepanjang berada di sini,” katanya.

Menurutnya, jenazah ibunya dibawa ke rumah sepupunya, di AU3 Taman Keramat dan ditempatkan di Masjid Al-Khairiah selepas Isyak bagi memberikan peluang rakan-rakan memberikan penghormatan terakhir. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 pagi ini. Latifah Omar mula menceburi lakonan pada usia 16 tahun melalui filem Panggilan Pulau pada 1954 di samping Tan Sri P Ramlee. Bakat seni semula jadi dan seraut wajah jelita Melayu asli ada padanya membolehkan Latifah terus menggilap nama sebagai primadona filem Melayu. Latifah sering digandingkan dengan Nordin Ahmad dan membintangi 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.