Join us on Facebook

Please wait.. 10 Seconds Cancel

Current song: Loading ...
Stream title:
Server status:
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Friday, October 4, 2013

2 VARIAN TABLET SAMSUNG DIPASAR MINGGU INI.





CHONG (tengah) dan Prakash (dua dari kanan) menunjukkan Galaxy Tab 3 10.1 ketika sidang media pelancaran produk di Kuala Lumpur, semalam.
Samsung Malaysia Electronics melancarkan dua varian tablet terbarunya, Galaxy Tab 3 10.1 LTE dan WiFi di pasaran Malaysia dalam usaha meneruskan momentum pertumbuhannya dalam pasaran tablet negara ini. 

Galaxy Tab 3 10.1 LTE atau teknologi evolusi jangka panjang ditawarkan pada harga permulaan RM1,599, manakala Galaxy Tab 3 10.1 WiFi pada RM1,299 seunit. Kedua-duanya akan mula dipasarkan mulai minggu ini. 
Pengarah Komunikasi Mudah Alih dan Teknologi Maklumatnya, Vincent Chong, berkata pelancaran kedua-dua varian itu amat dinanti-nanti memandangkan gajet itu mendapat sentuhan Intel menerusi prosesor Intel Atom SoC (Clover Trail+). 

“Menerusi peranti ini, ia menggunakan prosesor dual-core Intel Atom dengan kelajuan 1.6GHz CPU yang menawarkan prestasi lebih tinggi dan keupayaan grafik tiga kali ganda yang menyokong jangka hayat bateri lebih lama berbanding prosesor sebelumnya,” katanya pada sidang media selepas pelancaran peranti itu di Kuala Lumpur, semalam. 

Yang hadir sama ialah Pengurus Negara Jualan dan Pemasaran bagi Intel Malaysia dan Singapura, Prakash Mallya. 

Galaxy Tab 3 10.1 dengan saiz skrin 10.1 inci menawarkan pengalaman aplikasi terbaik dengan grafik tiga Dimensi, keupayaan kamera belakang tiga megapiksel dan belakang (1.3 megapiksel), video definisi penuh (HD) dengan kecekapan penggunaan bateri (6,800mAh) selain melayari laman web dengan lebih pantas. 

Selain itu, paparan Galaxy Tab 3 10.1 turut menggunakan Teknologi TFT dengan 16 juta kedalaman warna serta resolusi 1,280 x 800. 
Menggunakan sistem operasi Android 4.2, tablet terbaru keluaran Samsung itu lebih nipis iaitu 7.95 milimeter (mm) berbanding model sebelumnya, manakala panjangnya adalah 243.1mm dan lebar (176.1mm) sementara beratnya hanya 519 gram. 

Dari segi hiburan, peranti itu berupaya menyokong format video MPEG4, H.264, H.263, WMV, DIVX dan mampu memainkan semula video dalam HD penuh (1,080 piksel), sementara audionya pula menyokong format MP3, AAC, WMA, FLAC dan AMR. 

Galaxy Tab 3 10.1 turut didatangkan dengan sambungan USB v2.0, 3.5mm Stereo Earjack, slot memori luaran microSD sehingga 64 gigabait (GB), manakala memori dalaman 16GB selain, menyokong penggunaan kad sim.