Join us on Facebook

Please wait.. 10 Seconds Cancel
Current song: Loading ...
Stream title:
Server status:
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Sunday, November 24, 2013

2 BERADIK TAUKE DADAH


Kampar: Dua adik beradik lelaki berusia awal 60-an dikesan menjadi ‘tauke’ dadah terkenal di beberapa disko dan kelab malam di bandar raya Ipoh dengan menjual ratusan pil Erimin 5 kepada pengunjung pusat hiburan setiap hari.

Kegiatan itu bagaimanapun ditumpaskan selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak melakukan siasatan dan berjaya menahan kedua-dua lelaki terbabit yang dikesan menggunakan kotak patung dewa untuk menyembunyikan dadah.

Sumber polis berkata, dalam kejadian tangkapan terbaru jam 3.30 petang kelmarin, sepasukan anggota polis JSJN daerah Kampar diketuai Inspektor Muhammad Ikhbal Mohd Isa melakukan serbuan di sebuah rumah di Jalan Hospital, di sini.

Anggota polis terpaksa memanjat tangga menuju ke tingkat satu rumah sebelum berjaya menahan suspek yang ketika itu dipercayai bersembunyi di dalamnya.



                                  PIL Erimin 5 yang dirampas ketika serbuan dilakukan.

“Anggota polis melakukan pemeriksaan rapi terhadap rumah suspek sebelum menemui satu kotak merah tertera tulisan patung dewa mewah dan kekayaan di dalamnya.