Join us on Facebook

Please wait.. 10 Seconds Cancel

Current song: Loading ...
Stream title:
Server status:
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Saturday, November 9, 2013

KAPAK AKHIRI NYAWA


Penampang: Mayat sepasang suami isteri yang dipercayai dibunuh dengan kejam menggunakan kapak ditemui berlumuran darah dalam bilik tidur di kilang memproses makanan laut di Pusat Perindustrian Oriental, HSK Jalan Bundusan di sini, semalam.

Mayat Chen Ching Woei, 41, ditemui
di atas katil dengan kesan luka di kepala manakala isterinya, Chang Ling Ping, 44, ditemui dengan kesan luka di tengkuk dan mulut di atas lantai.

Mayat pasangan berasal dari Kuching, Sarawak itu ditemui oleh penyelia kilang berkenaan yang mahu dikenali sebagai Chang, 37, kira-kira jam 7.30 pagi.

Kedua-dua mangsa dipercayai mati akibat dipukul menggunakan objek keras dan polis turut menemui satu kapak kecil di dalam tong cat di lokasi kejadian.

ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat. Gambar kecil, Chen (kiri), Chang (kanan).

Kapak itu disyaki senjata digunakan untuk membunuh mangsa namun tiada kehilangan harta benda dikesan, selain tiada juga kesan pecah masuk pada mana-mana bahagian pintu bangunan kilang berkenaan.