Join us on Facebook

Please wait.. 10 Seconds Cancel

Current song: Loading ...
Stream title:
Server status:
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Friday, November 22, 2013

WARGA MALAYSIA DIKURUNG 30 TAHUN DI LONDON


LONDON: Tiga wanita termasuk seorang warganegara Malaysia berusia 69 tahun berjaya dibebaskan selepas dikurung selama 30 tahun di sebuah rumah di Selatan London, menurut kenyataan Polis Metropolitan London.

Salah seorang daripada wanita berkenaan turut dipercayai dikurung sejak dilahirkan.

Dua individu, seorang lelaki dan wanita berusia 67 tahun ditahan semalam kerana disyaki terbabit dengan perhambaan domestik.

Tangkapan berkenaan adalah sebahagian daripada siasatan mengenai perhambaan yang dilancarkan selepas seorang daripada mangsa menghubungi persatuan kebajikan bulan lalu dan memberitahu bahawa dia dikurung bersama dengan dua wanita lain.

Persatuan berkenaan segera menghubungi polis dan ketiga-tiga wanita itu termasuk seorang warganegara Ireland berusia 57 tahun dan warga Britain, 30, dibebaskan pada 25 Oktober.

Ketua Unit Anti Penyeludupan Manusia Polis Metropolitan, Kevin Hyland berkata kesemua mangsa berada dalam keadaan trauma kerana tidak pernah terdedah kepada dunia luar sejak 30 tahun lalu.

“Kami sedang menyiasat apa yang sebenarnya berlaku sejak tiga dekad lalu dan ia akan mengambil masa yang lama,” katanya.

Polis pada mulanya menolak kemungkinan ketiga-tiga mereka mempunyai pertalian darah namun menarik balik kenyataan itu kerana hubungan kesemua mangsa adalah sebahagian daripada siasatan dan polis enggan membuat sebarang spekulasi.

Bagaimanapun setakat ini tiada tanda-tanda berlakunya jenayah seksual namun mengingatkan semua pihak bahawa siasatan masih belum selesai.



Polis juga enggan membuat spekulasi mengenai motif, identiti atau hubungan antara suspek yang telah dibebaskan atas jaminan polis.

Kesemua mangsa yang masih dirahsiakan identiti, dilapor berada dalam keadaan selamat di sebuah lokasi yang tidak didedahkan di Britain dan sedang bekerjasama dengan pakar trauma sejak diselamatkan.

“Mereka berada dalam keadaan baik.

Tiga puluh tahun tidak bebas sepenuhnya adalah amat menyedihkan.” kata Anita Prem, pengasas persatuan kebajikan yang membantu membebaskan mangsa.



PENGASAS persatuan kebajikan yang membantu membebaskan mangsa, Anita Prem


- AP