Join us on Facebook

Please wait.. 10 Seconds Cancel

Current song: Loading ...
Stream title:
Server status:
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Sunday, December 15, 2013

BUDAK LEMAS JATUH KOLAM


Kuala Pilah: Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli lemas selepas tergelincir ke dalam kolam ikan 20 meter dari rumahnya di Kampung Guntur, Padang Lebar, Juasseh, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi, Murni Jamaludin, 5, bersama seorang adik perempuannya berusia empat tahun dipercayai bermain di tepi kolam itu. 
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, mangsa dikatakan tergelincir ke dalam kolam dan terus tenggelam. 

Katanya, adik mangsa kemudian menjerit memanggil bapanya yang berada di dalam rumah sebelum lelaki itu terjun ke dalam kolam bagi menyelamatkan mangsa.

“Siasatan mendapati bapanya menemui mangsa di dalam kolam dan membawanya ke Klinik Kesihatan Padang Lebar, di sini.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia jam 10 pagi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya, semalam.