Join us on Facebook

Please wait.. 10 Seconds Cancel

Current song: Loading ...
Stream title:
Server status:
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Friday, December 20, 2013

ENAM MAUT KERETA TERBAKAR


KUALA LUMPUR: Enam maut apabila kereta jenis Nissan Skyline terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan yang berlaku di bulatan Kampung Pandan di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.42 tengah malam itu, kenderaan dinaiki mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan lima perempuan berusia lingkungan 20-an itu terbabas sebelum melanggar bahu jalan dan terbakar.



Harian Metro difahamkan, kesemua mangsa yang mengalami kecederaan gagal keluar daripada kenderaan itu menyebabkan mereka terbakar bersama kereta berkenaan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kesemua mangsa maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


Keadaan kereta yang dinaiki mangsa.


"Setakat ini polis belum dapat mengesahkan identiti mangsa dan masih menunggu laporan bedah siasat," katanya.