Join us on Facebook

Please wait.. 10 Seconds Cancel

Current song: Loading ...
Stream title:
Server status:
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Sunday, January 5, 2014

BURU PEMBUNUH PELAJAR UNIVERSITI CURTIN SARAWAK


MIRI: Polis mengklasifikasikan kematian seorang pelajar lelaki tahun dua Universiti Curtin Sarawak di rumah sewanya di Desa Senadin, petang semalam sebagai kes bunuh.


Ketua Polis Miri Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, setakat ini belum ada suspek ditangkap namun berdasarkan siasatan awal, mangsa yang berusia lingkungan 20-an dan berasal dari Sandakan, Sabah itu dipercayai dipukul di kepala dengan objek tumpul yang menjadi punca kematiannya.


Mun berkata, mangsa baru balik dari Sabah setelah habis cuti semester, menyewa di rumah dua tingkat itu bersama-sama dua lagi rakannya dan sewaktu kejadian mangsa tinggal berseorangan. 
Katanya, mayat mangsa ditemui rakannya yang kemudian menghubungi Hospital Umum Miri, selepas kakitangan hospital tiba di rumah itu mereka menghubungi polis pada 2.17 petang semalam. 


"Mangsa ditemui terbaring di tepi tangga di tingkat bawah dan polis juga mendapati terdapat kesan pecah pada jeriji pintu dan pintu kayu hadapan. Antara barangan yang hilang dipercayai dicuri suspek ialah tong gas memasak," katanya dalam sidang media di sini hari ini. 

Bagaimanapun, Mun enggan mendedahkan identiti mangsa dan menurutnya polis sedang memburu suspek kes itu. 

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Zainan Azili di talian 0111-20999878 bagi membantu siasatan.