Join us on Facebook

Please wait.. 10 Seconds Cancel
Current song: Loading ...
Stream title:
Server status:
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Saturday, January 18, 2014

TRAJEDI BALIK KENDURI KAHWIN


MUKAH: Tiga penumpang sebuah bot panjang yang karam di Pulau Bruit di Daro dalam Bahagian Mukah, disahkan lemas, manakala lapan lagi masih hilang.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata 16 penumpang berjaya diselamatkan dalam kejadian pada 1.40 petang itu.



Beliau berkata, bot berkenaan dipercayai terbalik selepas dipukul gelombang besar berhampiran Kampung Kut, Pulau Bruit, Daro.

Ketika kejadian, bot panjang berkenaan membawa 27 penumpang dari Kampung Tekajong yang dalam perjalanan balik selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saie.


"Bot panjang berkenaan adalah milik persendirian membawa penumpang dari Kampung Tekajong dan Kampung Saei di Pulau Bruit.


"Gerakan mencari dan menyelamat masih dijalankan untuk mengesan sembilan lagi yang masih hilang ," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Bagaimanapun, identiti tiga mangsa yang lemas masih belum diperolehi, namun difahamkan semua mangsa adalah wanita. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norhisham Mohamad, pula berkata gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang sudah dilancarkan.

Beliau berkata, pihaknya turut meminta bantuan helikopter dari Unit Udara Bomba dan Penyelamat bagi memudahkan gerakan mencari dan menyelamat.

NAHAS BOT DI SARAWAK SEJAK 1973

27 Disember 1973 - Kapal MV Pulau Kidjang yang juga kapal pengangkut penumpang dan kargo karam kerana cuaca buruk di muara Sungai Rejang dan mengorbankan 121 nyawa daripada 150 penumpang. Hanya 38 berjaya diselamatkan. Ia kejadian terburuk di Sarawak.

1979 - 12 penumpang lemas dalam kejadian bot karam di jeram Pelagus, Kapit.

Januari 1991 - 14 lemas wapabila bot yang mereka naiki karam di tempat jeram Pelagus Kapit.

8 Januari 1991 - 13 maut selepas dua bot ekspres berlanggar di Sungai Rejang.

Jun 1991 - 10 lemas apabila perahu yang mereka naiki karam di jeram Pelagus, Kapit.

Februari 1999 - dua lemas di jeram Pelagus, Kapit.

April 1999 - 12 pelajar maut selepas bot laju yang dinaiki berlanggar dengan bot pengangkut balak di Sungai Saribas.

April 2005 - 16 maut selepas bot pukat tunda yang dinaiki dari Kuching ke Beladin berlanggar dengan tongkang membawa muatan pasir.

18 Oktober 2010 - 13 penumpang maut selepas bot ekspres yang mereka naiki berlanggar dengan tongkang balak di hulu Sungai Anap, Tatau.

28 Mei 2013 - Tiga penumpang maut manakala 213 penumpang lain selamat selepas bot ekspres Kawan Mas yang sarat dengan penumpang, karam di Giam Bungan, Belaga.