Join us on Facebook

Please wait.. 10 Seconds Cancel

Current song: Loading ...
Stream title:
Server status:
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Saturday, June 22, 2013

"TERRCAMPAK SEBELUM DI GILIS"


Alor Setar: Seorang remaja berusia 19 tahun maut selepas mangsa dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu tercampak sebelum digilis sebuah bas persiaran di Jalan Tunku Ibrahim, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Andy Lo, 19, yang juga seorang anggota sukarelawan St John Ambulans meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala akibat digilis bas terbabit.


Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kris sedang dalam perjalanan dari rumahnya yang terletak di Simpang Empat, dekat sini, menuju ke Jalan Putra untuk membuat tugasan selepas mendapat panggilan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum dia merempuh pembahagi jalan lalu tercampak ke lorong kanan laluan berkenaan.


“Pada masa sama, sebuah bas persiaran yang sedang membawa 10 penumpang dari Seremban, Negeri Sembilan tidak sempat mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.