Join us on Facebook

Please wait.. 10 Seconds Cancel
Current song: Loading ...
Stream title:
Server status:
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Thursday, July 25, 2013

ASMIDAR MAKIN HOT

MESKIPUN masih hijau dalam industri seni, namun anak jati Kuala Lumpur ini semakin dikenali.

Menariknya, dia dikenali bukan kerana paras rupa, sebaliknya vokal yang mantap dan berkualiti.

Lahir dari rancangan realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa, juara musim pertama rancangan ini mengakui pernah dikritik gara-gara kerana imejnya.

Bagaimanapun, dia tidak mahu melatah dan menerima semua itu sebagai pelajaran untuk berjaya dalam bidang yang dipilih.

"Pada awalnya, memang saya tidak pandai bergaya, tetapi setelah diberi nasihat dan tunjuk ajar, saya semakin pandai membawa diri," kata penyanyi berusia 27 tahun ini.

Dalam pada itu, selain berhadapan masalah imej, dia mengakui turut mengalami masalah berat bedan.

Meskipun tidak memberikan kesan kepada kariernya, namun demi kecantikan dan kesihatan diri, dia nekad mengubah penampilannya kini.

Jelas empunya nama Asmidar ini, ia penting supaya lebih berkeyakinan dalam meniti hari sebagai anak seni.

Pengertian cantik bagi anda?

Cantik itu bukan dari segi luaran sahaja. Yang penting jiwa kita bersih, ikhlas dan jadi diri sendiri.

Adakah anda pernah mengalami masalah berat badan?

Rasanya sedang kot... Sekarang berat badan saya hampir 60 kilogram, saya perlu turunkannya sedikit. Ketika di zaman sekolah, saya pernah mendapat berat badan 45 kilogram dan saya nak jadi macam tu semula. Buat masa sekarang memang saya sedang mencapai target tersebut.

Boleh kongsi rutin pemakanan anda kini?

Saya tiada sebarang rutin diet yang tetap, lagipun sekarang bulan puasa, jadi saya ambil kesempatan ini untuk kawal pemakanan.

Jika begitu, bagaimana cara anda mengawal pemakanan jika di hari biasa?

Sebenarnya saya sedang mengelak mengambil nasi sebagai menu harian. Saya cuma akan makan, ikan, sup dan sayur. Waktu pagi, saya akan ambil bijirin dan jika tengah hari saya sudah makan agak berat, makan malam saya akan kurangkan, atau hanya makan buah-buahan sahaja.

Ada sebarang tip kesihatan untuk dikongsi?

Selain mengawal pemakanan, setiap pagi saya akan minum air masak sebelum mencuci muka. Amalan ini saya lakukan kerana bakteria yang ada di dalam mulut dapat membersihkan kuman di dalam badan.

Adakah anda seorang yang gemar bersenam?

Memang saya kurang melakukan senaman berat atau pun joging, tetapi saya tetap buat 'work out' di rumah. Bukan apa, yang penting badan mesti berpeluh untuk sentiasa aktif.

Bagaimana pula dari segi penjagaan wajah?

Saya mempunyai kulit yang sangat sensitif, oleh kerana terpaksa memakai solekan tebal, jadi kini saya elak menggunakan sebarang produk yang ada bahan kimia. Buat masa sekarang saya lebih selesa menggunakan pencuci atau sebarang produk penjagaan wajah dari bahan organik. Saya juga ada membuat bedak sejuk sendiri selain sedang mencari tanah liat untuk dibuat masker.

Ramai wanita gemar melakukan 'facial' untuk kecantikan wajah, anda bagaimana?

Dulu memang ada, tetapi sekarang saya tidak buat lagi, bagi saya, facial boleh merosakkan wajah kerana jika ada jerawat, ia akan dipicit, selain itu alatan yang digunakan juga boleh menyebabkan kulit bertambah teruk jika tidak kena dengan kulit kita.

Untuk rambut pula?

Sama seperti saya menjaga wajah, rambut saya jenis yang berminyak dan mudah mendapat kelemumur, jadi cara terbaik adalah dengan mencuci rambut selalu dan kurangkan penggunaan syampu biasa. Selain itu, saya turut menggunakan limau nipis untuk mencuci rambut.

Apakah anda selalu ke spa?

Memang saya teringin hendak ke spa dan melakukan massage, tetapi kerana tiada waktu dan masa sesuai sekarang, saya terpaksa memendamkan hasrat tersebut.

Aktiviti anda di waktu lapang?

Biasanya saya hanya akan habiskan masa di rumah sahaja.

Sedikit perkembangan terbaru anda...
Selepas raya saya akan lancar single ketiga saya berjudul Bila Cinta ada. Tetapi sekarang, selain menghadiri majlis berbuka puasa, saya akan menolong bapa berniaga murtabak di Bazar Ramadan Wangsa Maju.