Join us on Facebook

Please wait.. 10 Seconds Cancel

Current song: Loading ...
Stream title:
Server status:
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Friday, December 13, 2013

AYAHANDA DICEKUP DALAM OPERASI DADAH


GOMBAK: Kegiatan seorang ahli kumpulan kongsi gelap berpangkat ayahanda yang menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar Kampung Wira Damai dekat sini, tumpas selepas polis menyerbu kediamannya, petang tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu, sepasukan polis dari Balai Polis Selayang bersama pasukan Ops Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menyerbu kediaman lelaki terbabit yang terletak di atas bukit di Kampung Wira Damai dan merampas ketulan mampat dipercayai ganja seberat 1.3 kilogram (kg).

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika serbuan itu suspek berusia 68 tahun mengaku pemilik kediaman itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam rumah itu polis menemui dua ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 1.3 kg.

"Dadah disyaki jenis ganja itu disembunyikan di celah anak tangga di bahagian dapur rumah itu.


"Kita menahan suspek selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai peningkatan kegiatan dadah di kawasan ini," katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Selayang dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.