Join us on Facebook

Please wait.. 10 Seconds Cancel

Current song: Loading ...
Stream title:
Server status:
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Friday, December 13, 2013

DUIT PTPTN MAIN JUDI MONYET


Ipoh: Ketagihan judi monyet dan katak menyebabkan segelintir penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk ‘melabur’ kononnya untuk mendapat keuntungan berganda.

Pembaziran dan penyalahgunaan wang itu berlaku berikutan kewujudan deretan premis mesin judi berhampiran kawasan penempatan rumah sewa penuntut IPT di Taman Cempaka dan Rokam, di sini.



Pemantauan Harian Metro mendapati ada sekurang-kurangnya lima pusat judi komputer di sekitar kawasan itu yang menyediakan ratusan mesin slot pelbagai jenis permainan judi.

Dua jenis permainan yang paling popular ialah ‘Funky Monkey’ atau dipanggil juga judi monyet dan ‘Kimochi’ (judi katak), selain ‘Rockin Roller’, ‘Neptunes Kingdom’ ‘Safari’, ‘Haunted House’ , ‘Magis Scots’ dan ‘Real Classic.’

PELANGGAN asyik menghadap mesin judi untuk mencuba nasib.

Selain penuntut IPT, pelajar sekolah yang tinggal di sekitar kawasan Taman Cempaka dan Rokam dilihat turut menjadi pelanggan setia premis perjudian itu berikutan musim cuti persekolahan pada masa ini.